Assalamualaikum dan Salam Pembangunan Keluarga
Ahli keluarga terutamanya ibu bapa berperanan menunjukkan contoh dan
teladan yang baik. Hal ini demikian kerana, ibu bapa seyogianya
membetulkan kekhilafan diri sebelum membetulkan anak-anak agar tidak
seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget. Bak kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya
dan jika alur di hulunya bersih, pasti air di muaranya bersih. Hal ini
secara eksplisitnya menunjukkan bahawa jika ibu bapanya baik maka
anak-anaknya juga baik, kerana bapa borek anak rintik. Oleh itu,
ibu bapa dan ahli keluarga yang lain wajar menunjukkan contoh dan
teladan yang wajar diikuti dan mampu dibanggakan. Selain itu, seorang
ayah tidak wajar menegur anaknya yang merokok jika mereka sendiri yang
menunjukkan contoh sedemikian. Masakan anaknya mendengar nasihat yang
boleh ditujukan semula kepada bapanya. Namun, itulah realitinya, ayah
dan anak sama-sama pula merokok di luar rumah. Oleh hal demikian, ibu
bapa sewajarnya menjalankan tanggungjawabnya sebagai suri teladan yang unggul dengan menunjukkan contoh yang berhemah dan berwibawa. Salam KEKELUARGAAN semua:)

No comments:
Post a Comment