1. Sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan /ajaran ibubapa.
Sesuai dengan perintah Allah SWT supaya pertama-tamanya beribadat
kepadaNya dan selepas itu taat kepada kedua ibubapa. Ini jelas
diterangkan melalui firman Allah bermaksud: “ Dan Tuhanmu telah
perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya
semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa." (Surah al-Isra’, ayat 23)
2. Hendaklah bercakap dengan lemah lembut dan suara yang rendah ketika bertutur dengan ibubapa.
Jangan sekali-kali membantah dan mengherdik mereka dengan apa jua perkataan kerana perbuatan itu ditegah Allah SWT .
3. Sentiasa hormat dan kasih sayang kepada kedua ibubapa.
4. Jangan sekali-kali menderhaka kepada mereka
Kerana derhaka kepada kedua ibubapa adalah suatu dosa besar. Anak yang
tidak mendapat keredhaan ibubapnya akan tidak mendapat keredhaan Allah
dan ibadatnya tidak diterima Allah swt.
5. Sentiasalah mendoakan dan meminta keampunan untuk mereka
sama ada mereka masih hidup atau setelah mereka meninggal dunia dengan berdoa
" Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, rahmatilah kedua-duanya sebagaimana mereka memeliharaku pada waktu kecil"
6. Hendaklah memanggil ibubapa dengan panggilan yang disenangi mereka.
7. Gembirakanlah hati ibubapa dengan menolong kerja rumah
di samping melayani dengan penuh kasih sayang (jika tinggal bersama)
atau dengan memberikan apa juga bantuan mengikut keperluan yang dihadapi
semasa menghadapi saki baki hidupnya.
8. Ucapkan salam dan pohon kemaafan kepada ibu bapa ketika bertemu dan berpisah dengan mereka
kerana mungkin salah seorang darinya (anak atau ibu dan bapa) akan meninggalkan dunia yang fana ini tanpa dijangka.
9. Muliakan sahabat-sahabat ibubapa
hubungkan tali silaturrahim dengan keluarga dan sahabat-sahabat mereka.
10. Apabila mereka sudah lanjut umur (tua) dan uzur, hendaklah dipenuhi segala keperluan mereka.
Selalu menziarahi mereka kerana dengan ini boleh menghibur dan
mententeramkannya, sebagai melahirkan kesyukuran kepada Allah terhadap
jasabakti yang telah dapat dinikmati.
11. .Apabila ibubapa meninggal dunia, anak hendaklah membanyakkan berdoa untuk keselamatan dan mendapat rahmat dari Allah
banyakkan bersedekah dan membacakan ayat-suci Al Quran untuk
dihadiahkan pahalanya kepada mereka. Semua kebajikan yang dilakukan akan
diterima berterusan pahalanya untuk mereka di sisi Allah SWT. Inilah
satu kaedah yang berterusaa yang menghubungkan antara anak dan ibubapa
walaupun jasad mereka tidak ada lagi.
No comments:
Post a Comment