Friday, 16 November 2012

KEWAJIPAN ANAK TERHADAP IBU BAPA

1. Sentiasa taat dan patuh terhadap suruhan /ajaran ibubapa. 
Sesuai dengan perintah Allah SWT supaya pertama-tamanya beribadat kepadaNya dan selepas itu  taat kepada kedua ibubapa. Ini jelas diterangkan melalui firman Allah bermaksud: “ Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa." (Surah al-Isra’, ayat 23)

2. Hendaklah bercakap dengan lemah lembut dan suara yang rendah ketika bertutur dengan  ibubapa. 
Jangan sekali-kali membantah dan mengherdik mereka dengan apa jua perkataan kerana perbuatan itu ditegah Allah SWT .

3. Sentiasa hormat dan kasih sayang kepada kedua ibubapa.

4. Jangan sekali-kali menderhaka kepada mereka 
Kerana derhaka kepada kedua ibubapa adalah suatu dosa besar. Anak yang tidak mendapat keredhaan ibubapnya akan tidak mendapat keredhaan Allah dan ibadatnya tidak diterima Allah swt.

5. Sentiasalah mendoakan dan meminta keampunan untuk mereka 
 sama ada mereka masih hidup atau setelah mereka meninggal dunia dengan berdoa
" Ya Allah ampunilah dosaku dan dosa kedua ibubapaku, rahmatilah kedua-duanya sebagaimana mereka memeliharaku pada waktu kecil"

6. Hendaklah memanggil ibubapa dengan panggilan yang disenangi mereka.

7. Gembirakanlah hati ibubapa dengan menolong kerja rumah 
di samping melayani dengan penuh kasih sayang (jika tinggal bersama) atau dengan memberikan apa juga bantuan mengikut keperluan yang dihadapi semasa menghadapi saki baki hidupnya.

8. Ucapkan salam dan pohon kemaafan kepada ibu bapa ketika bertemu dan berpisah dengan  mereka 
 kerana mungkin salah seorang darinya (anak atau ibu dan bapa) akan meninggalkan dunia yang fana ini tanpa dijangka.

9. Muliakan sahabat-sahabat ibubapa 
hubungkan tali silaturrahim dengan keluarga dan sahabat-sahabat mereka.

10. Apabila mereka sudah lanjut umur (tua) dan uzur, hendaklah dipenuhi segala keperluan mereka. 
Selalu menziarahi mereka kerana dengan ini boleh menghibur dan mententeramkannya, sebagai melahirkan kesyukuran kepada Allah terhadap jasabakti yang telah dapat dinikmati.

11. .Apabila ibubapa meninggal dunia, anak hendaklah membanyakkan berdoa untuk keselamatan dan mendapat rahmat dari Allah
banyakkan bersedekah dan membacakan ayat-suci Al Quran untuk dihadiahkan pahalanya kepada mereka. Semua kebajikan yang dilakukan akan diterima berterusan pahalanya untuk mereka di sisi Allah SWT. Inilah satu kaedah yang berterusaa yang menghubungkan antara anak dan ibubapa walaupun jasad mereka tidak ada lagi.

Friday, 9 November 2012

PERANAN IBUBAPA

Assalamualaikum dan Salam Pembangunan Keluarga



Ahli keluarga terutamanya ibu bapa berperanan menunjukkan contoh dan teladan yang baik. Hal ini demikian kerana, ibu bapa seyogianya membetulkan kekhilafan diri sebelum membetulkan anak-anak agar tidak seperti ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget. Bak kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya dan jika alur di hulunya bersih, pasti air di muaranya bersih. Hal ini secara eksplisitnya menunjukkan bahawa jika ibu bapanya baik maka anak-anaknya juga baik, kerana bapa borek anak rintik. Oleh itu, ibu bapa dan ahli keluarga yang lain wajar menunjukkan contoh dan teladan yang wajar diikuti dan mampu dibanggakan. Selain itu, seorang ayah tidak wajar menegur anaknya yang merokok jika mereka sendiri yang menunjukkan contoh sedemikian. Masakan anaknya mendengar nasihat yang boleh ditujukan semula kepada bapanya. Namun, itulah realitinya, ayah dan anak sama-sama pula merokok di luar rumah. Oleh hal demikian, ibu bapa sewajarnya menjalankan tanggungjawabnya sebagai suri teladan yang unggul dengan menunjukkan contoh yang berhemah dan berwibawa. Salam KEKELUARGAAN semua:)

KELUARGA BAHAGIA

Assalamualaikum dan Salam Pembangunan Keluarga

First of all, a lot of apologize to all members group 5 :'( sebab lambat update entry baru. HOHOHO. dan dalam diam tak diam, perjumpaan ko-k kita hanya tinggal 2 kali sahaja. Jadi marilah, kita manfaatkan perjumpaan kita yang berbaki nie yea *ahli keluarga group G* :D

Okay, cuba kuatkan volume laptop masing-masing. DAN enjoy this song. KELUARGA BAHAGIA. Lepas tu, mari kita menghayati video daripada Dr Fadzilah Kamsah nie. Insaf insaf insaf T______T. Asyik menaip jea, bosan juga kan. HEHE.

 

Banyakkan tips dan ingatan dari beliau. Sebagai seorang anak dan pelajar, walau macam mana keadaan sekalipun, utamakan keluarga (family first). Sesungguhnya syurga itu di bawah tapak kaki seorang ibu :)

Sumber: youtube
Coretan: Nur Haliah Binti Zaihan