Assalamualaikum dan salam kekeluargaan
Entry kedua kali ini kami iaitu kumpulan 5 group G akan berkongsi topik yang berkaitan Punca Masalah Mental.
Antara punca masalah mental ialah :
Masalah personaliti yang sempurna
Keinginan memajukan diri adalah berfaedah kepada orang sekiranya tidak
keterlaluan. Keinginan yang keterlaluan pula akan mendatangkan tekanan
sehingga menyusahkan dirinya. Seseorang yang terlalu menitikberatkan
kesempurnaan tidak akan berasa puas hati dan sentiasa ingin berjaya
dalam semua aspek yang terlibat. Golongan ini sering mempunyai hasrat
atau cita-cita yang menggunung. Mereka berasa kecewa apabila hasil tidak
mengikut standard kesempuraan berdasarkan kaca matanya. Oleh itu,
masalah personalitI yang sempurna akan menyebabkan tekanan mental yang
berat.
Masalah kehidupan dari segi kekeluargaan, pekerjaan atau pelajaran
Masalah keluarga dan kemiskinan menyebabkan jiwa
manusia sentiasa kecewa dan tertekan. Mereka berasa tekanan kerana sukar
mencari nafkah untuk keluarga. Kerja yang berat dan rumit menyebabkan
tekanan untuk mengekalkan prestasi di tempat kerja. Tekanan pelajaran
pula berlaku kerana berusaha mencapai kecermelangan. Tekanan dalam
kalangan pelajar biasanya berpunca daripada ibu bapa yang ingin anak
mereka berjaya dalam pelajaran atau pihak guru yang ingin memastikan
objektif pembelajaran dan pengajaran (P&P) mereka tercapai. Jadi,
masalah kehidupan mengakibatkan tekanan mental yang cenderung mendorong
penyakit psikologi.
Pengalaman lampau yang ngeri
Keadaan ini biasanya wujud pada mangsa tragedi ngeri atau menakutkan.
Akibat daripada tragedi tersebut, mangsa sering dihantui perasaan
bercampur-campur. Jika mangsa merupakan seseorang yang diam dan tidak
suka meluahkan perasaan, maka dia akan mengalami depresi dalam jangka
panjang. Mereka akan berasa fobia, takut dan boleh bertindak
terburu-buru tanpa keupayaan untuk berfikir dengan nasional. Pengalaman
yang terlampau seperti dirogol atau dibuli mungkin menyebabkan seseorang
hilang kewarasan kerana terlalu tertekan. Dengan itu, pengalaman yang
dashyat mungkin menyambung kepada desakan mental.
sumber :click here
updated by : Nur Haliah binti Zaihan

No comments:
Post a Comment